By: Lukman Abdullah dan Hiekal Rosli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 31-Oct-2012 15:43 Email | Share | | Bookmark
Sekitar Misi Kemanusiaan KP1M membantu pelarian Syria di Jordan

 
 
 
View all 100 photos...
Gambar-gambar sekitar misi Kelab Putera 1Malaysia membantu pelarian Syria di Jordan

Gambar oleh Hiekal Rosli dan Hilmi Jaafar





















Monday, 15-Oct-2012 11:46 Email | Share | | Bookmark
Sekitar Misi Kemanusiaan KP1M Bantu Rakyat Rohingya di Rakhine

 
 
 
View all 99 photos...
Gambar-gambar sekitar misi kemanusiaan KP1M membantu rakyat Rohingya di Rakhine, Myanmar.















Wednesday, 5-Sep-2012 19:05 Email | Share | | Bookmark
Majlis Rumah Terbuka UMNO Wilayah Persekutuan

 
 
 
View all 19 photos...
Gambar-gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka
UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

5 Sept 2012

Stadium Taman Tasik Titiwangsa













Wednesday, 8-Aug-2012 19:42 Email | Share | | Bookmark
PM AGIH BUBUR LAMBUK, LAWAT GERAI JUADAH JALAN RAJA ALANG

 
 
 
View all 7 photos...
PM AGIH BUBUR LAMBUK, LAWAT GERAI JUADAH JALAN RAJA ALANG

100 periuk Bubur Lambuk Masjid Jamek Kampung Baru disumbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri berkesempatan mengagihkan bubur tersebut kepada orangramai diperkarangan masjid itu, petang Rabu.



Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Ghani dan pihak pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru.



Najib sebelum itu menunaikan solat Asar dan sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Beliau juga meluangkan masa melawat gerai juadah berbuka puasa di Jalan Raja Alang. Najib sempat berbual dan bertanya khabar dengan peniaga di situ.


Tuesday, 7-Aug-2012 15:24 Email | Share | | Bookmark
RAMADAN DI PENGERANG

 
 
 
View all 37 photos...


Bukan mudah jadi ahli parlimen. Dari pagi hingga malam memang tak ada masa untuk berehat. Ada kalanya satu hari terpaksa hadir hingga lima atau enam acara. Agendadaily baru-baru ini berkesempatan mengikut Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman turun padang.

Aturcaranya amat padat dan kami hanya dapat mengikuti sebahagian daripadanya memandangkan jarak antara satu kampung ke satu kampung yang lain agak jauh.



Pada 4 Ogos, Datuk Azalina menghadiri Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Bahagian Pengerang di Pelangi Balau Resort berdekatan Desaru. Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ketua Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, yang merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Azalina menyertai UMNO.

Selepas perasmian mesyuarat, kami hanya sempat menjamah kuih muih untuk berbuka puasa dan setelah solat Maghrib terus bergegas ke Kompleks Penghulu Sungai Rengit.



Di sana Azalina menyampaikan sumbangan barang keperluan rumah kepada fakir miskin dan tong ikan kepada nelayan kaum Cina. Acara itu itu tamat lewat malam. Kami singgah sahur di sebuah restoran di Sungai Rengit.



Pada 5 Ogos, kami bangkit seawal jam 4 pagi untuk ke Sekolah SukanTunku Ismail di Bandar Penawar dalam program singgah sahur yang dianjurkan oleh Parlimen Pengerang. Pelajar-pelajar terkejut bercampur seronok apabila dikunjungi oleh Azalina. Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan Ahli Parlimen itu.



Dalam ucapannya Azalina menasihatkan pelajar supaya mengseimbangkan ilmu pelajaran dengan sukan kerana katanya atlet tanpa ilmu sukar pergi jauh. Katanya kekuatan mental amat penting bagi atlet untuk berjaya dalam sukan. Dalam acara itu Azalina turut menyampaikan subangan Sistem PA kepada surau sekolah berkenaan.



Pada jam 5 petang Azalina menghadiri mesyuarat agung Puteri UMNO Bahagian Pengerang. Sejam selepas itu dia bergegas ke Masjid Teluk Ramunia untuk menghadiri Tazkirah Ramadhan. Tazkirah disampaikan oleh Ruslan Kassim.



Selesai Tazkirah, Azalina berbuka puasa bersama penduduk di perkarangan masjid dan selepas solat Maghrib, beliau menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin.

Azalina selepas itu bergegas pula ke Felda Air Tawar 1 untuk menyampaikan sumbangan peralatan kepada JKK masjid di situ.





Pada 6 Ogos Azalina singgah di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di Johor untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang hadir Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran serta berbuka puasa di masjid berkenaan.



Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri Johor.



Selesai terawih, Azalina bersama ketua-ketua bahagian UMNO Johor menyertai Perdana Menteri untuk mesyuarat tertutup di lapangan terbang Senai.


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net