By: Lukman Abdullah dan Hiekal Rosli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Aug-2011 23:00 Email | Share | | Bookmark
Puteri UMNO melancarkan Kad Hawa Real Rewards

 
 
 
View all 10 photos...
Seri Pasific Hotel

3 Ogos 2011

6.30 petang



Pelancaran Kad Hawa dibuat serentak denagn sambutan 10 tahun penubuhan Puteri. Kad Hawa adalah program usahasama antara Puteri UMNO dan Real Rewards yang bukan dikhususkan kepada ahli Puteri sahaja tetapi juga dibuka kepada wanita berusia 18 tahun ke atas.



Selain mendapat mata ganjaran, Kad Hawa juga memberikan perlindungan kecurian ragut untuk meringankan beban mangsa. Kad berkenaan menawarkan faedah perlindungan bagi kecurian ragut yang meliputi kehilangan wang dan barangan berharga, perlindungan pengeluaran wang dari ATM, kehilangan dompet dan juga kes ragut menyebabkan kematian yang meliputi faedah dari RM500 sehingga RM10ribu.



Ketua-ketua pergerakan Puteri bahagian dilantik sebagai ejen menyebarkan Kad Hawa. Bagi mereka yang tidak dapat menghubungi ketua Puteri bahagian, mereka boleh mendapatkan terus daripada Real Rewards. – 3/8/11.



Tuesday, 2-Aug-2011 21:55 Email | Share | | Bookmark
Jom berbuka di Kuala Lumpur International Hotel

 
 
 
View all 17 photos...


Jika anda sedang mencari masakan tradisional ala kampung untuk berbuka puasa, jangan berlengah lagi ke Kuala Lumpur International Hotel.

Pelbagai hidangan tradisional disediakan di TopPot Café di atas 4 hotel ini. Bayarannya berpatutan untuk lebih 100 jenis hidangan, iaitu RM48.00++ bagi dewasa dan RM 23.00 ++ bagi kanak-kanak. Hotel ini juga menawarkan pakej berkumpulan di mana bagi setiap 10 orang dewasa yang berbayar, seorang makan percuma.



Menurut Penolong Pengurus Jualan, Sharifah Sharina Wafa, warga emas dan penginap hotel serta rakan Facebook diberikan diskaun 50% sementara, pemegang kad kredit Maybank dan Public Bank pula diberikan diskaun antara 30 hingga 50 peratus.

Pelbagai lauk tradisi disediakan setiap hari , antaranya Ayam Kampung Padang Berkentang, Ketam Kari dengan Nenas, Ikan Cencaru Sumbat, Gulai Tulang dengan Rebung, Telur Itik masak lemak, Lala TumisSerai, Siput sedut lemak ubi keledek, Jantung Pisang Lemak Ikan bilis dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai jenis ikan bakarseperti ikan kembong, pari, terubuk, cencaru yang dihidang bersama air asam dan sambal kicap.



Paling istimewa ialah hidangan 30 jenis kerabu setiap hari, antaranya kerabu daging, kerabu kaki ayam, kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku, kerabu daun pegaga, kerabu campur bersantan, kerabu suhun, kerabu kerang, kerabu daging panggang dan berbagai lagi.

Selain itu, bagi pencuci mulut, turut disediakan masakan tradisi ubi rebus yang disajikan bersama kelapa dan pulut kukus digandingken dengan kuah durian.



Apa yang membuat pakej berbuka puasa di Kuala Lumpur International unik ialah ia menjemput imam bertauliah untuk menyampaikan tazkirah setiap hari iaitu sebelum waktu berbuka puasa. Imam juga akan memimpin sembahyang maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah setiap hari di surau yang boleh memuatkan lebih kurang 60 jemaah pada satu-satu masa.



Tidak cukup dengan itu hotel juga menyediakan kemudahan kepada pelanggannya membayar zakat di kaunter khas di lobi yang dikendalisendiri oleh petugas dari Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bermula pada jam 6.30 petang hingga jam 8.00 malam,dari 20 hingga 30 Ramadhan.



Juadah Moreh disediakan setiap hari bagi jemaah yang mengerjakan sembahyang Tarawikh di surau hotel bermula jam 9.30 hingga 10.30 malam.

Bukan itu sahaja, Kuala Lumpur International Hotel juga ada menyediakan juadah sahur secara buffet kepada pelanggannya dengan harga RM 24.00 ++ bagi dewasa dan RM 18.00++ bagi kanak-kanak. Buffet Sahur bermula dari jam 1.30 pagi hingga imsak.



Mereka yang berminat membuat tempahan boleh menelefon 03 – 2697 8833 atau secara online dengan melayari http://www.klitel.com.my atau email ke enquiry@klitel.com.my. – 4/8/11.


Thursday, 28-Jul-2011 00:29 Email | Share | | Bookmark
PM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di KL Sentral

 
 
 
View all 15 photos...
Kempen Kibar Jalur Gemilang

KL Sentral

26 Julai 2011


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang di di KL Sentral petang Rabu.

Sebelum itu beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan disertai oleh para menteri bersama-sama menaiki tren KLIA Transit dari Putrajaya ke situ selepas mesyuarat mingguan kabinet.

Majlis pelancaran kali ini agak unik kerana pertama kali pemimpin negara ke tempat umum untuk melancarkannya.-27/7/2011


















Friday, 22-Jul-2011 17:15 Email | Share | | Bookmark
Sekitar Walk About PM di Subang Perdana

 
 
 
View all 11 photos...
Sekitar Walk About PM di Subang Perdana

22 Julai 2011

2.00 petang



















Tuesday, 12-Jul-2011 15:51 Email | Share | | Bookmark
Miss Universe Malaysia 2011 Strikes Pose in National Costume

 
 
 
View all 12 photos...
Miss Universe Malaysia 2011, Miss Deborah Henry

Lighthouse Bistro, Sunway Lagoon

12 July 2011

2.30pm

Costume designed by Amir Luqman

"In September we'll see Deborah Henry taking our nation's pride to Sao Paulo, Brazil as she meets and competes with the most beautiful women at Miss Universe 2011."













[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net