By: Lukman Abdullah dan Hiekal Rosli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Jan-2012 16:52 Email | Share | | Bookmark
Sekitar perhimpunan 901 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta

 
 
 
View all 21 photos...
Sekitar perhimpunan 901 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta

9 Januari 2011

6.00 pagi - 12 tgh hari

















Friday, 6-Jan-2012 16:49 Email | Share | | Bookmark
Majlis PM Bersama Warga Felda

 
 
 
View all 11 photos...
Majlis PM Bersama Warga Felda

Felda Gedangsa, Hulu Selangor

Jumaat 6 Januari 2011

10.00 pagi













Friday, 9-Dec-2011 23:50 Email | Share | | Bookmark
PM sampai ganjaran kepada hero Sukan SEA

 
 
 
View all 13 photos...


Syarikat korporat digalakkan mengaitkan diri dengan bidang sukan sebagai jenama mereka kerana mereka boleh mendapat keuntungan jangka panjang dari segi nilai komersil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan sukan (SHAKAM) kepada pemenang-pemenang pingat emas Sukan SEA Palembang, yang berlangsung di Kuala Lumpur, Jumaat.

“Saya percaya mengaitkan jenama dengan sukan merupakan pelaburan yang sangat besar kepada syarikat. Satu ketika dulu sewaktu saya kecil, kita terpaksa membuat pilihan antara Milo dan Ovaltine, tetapi hari ini Ovaltine sudah lenyap, terkubur dan hanya Milo sahaja muncul sebagai jenama yang dikaitkan dengan kejayaan dalam bidang sukan.



“Tahun ini dan tahun hadapan, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah isytihar sebagai tahun industri sukan dan saya berharap kita boleh bangunkan industri ini kerana nilai ekonominya pada negara amat besar,” katanya.

Menurut Najib kejayaan dalam bidang sukan membawa kesan yang amat besar kepada sesebuah negara. Katanya, semangat sebuah negara boleh terbangun melalui kejayaan dalam bidang sukan.



Sehubungan itu Najib menasihatkan golongan yang terbabit dalam sukan supaya mengukuhkan semangat berpasukan.

“Kalau ada pasukan sukan atau pengurusan dalam mana-mana persatuan sukan yang tidak sedar lagi, tepuk dada jawab sendiri. Di atas bahu merekalah rakyat letakkan harapan. Kalau kerajaan menyediakan peruntukan yang besar, tetapi kepemimpinannya lemah dan cuai, tentu sekali kejayaan tidak menyebelahi mereka,” katanya.



Najib berkata, sukan memainkan peranan penting di segi nilai gaya hidup. Katanya, golongan yang sihat akan menjadi lebih produktif dibandingkan dengan orang yang kurang sihat.

“Orang yang ada tahap stres yang tinggi saya ingin nasihat, ubat yang paling mujarab bukan ubat tidur, tapi menjadi pengamal sukan yang sentiasa turun padang bermain dan beriadah.



“Bila kita dapat keluarkan peluh, tahap tension akan menurun dan kita akan menjadi sihat. Bila badan sihat, minda pun sihat. Bila badan dan minda sihat, kita akan jadi insan yang lebih berguna dan produktif kepada negara,” katanya.

Najib mengalu-alukan cadangan KBS dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengkaji kemungkinan menggerakkan satu model baru liga professional.

“Ini satu cadangan yang mungkin boleh dibincangkan supaya mutu bolasepak negara kita dapat ditingkatkan lagi,” katanya.

Pada majlis itu juga Najib mengumumkan tambahan RM3,000 kepada setiap pemenang pingat emas berpasukan pada Sukan SEA yang berlangsung di Palembang, bulan lalu.



Berdasarkan skim SHAKAM yang sedia ada, setiap pemenang pingat emas acara berpasukan terpaksa berkongsi hadiah di mana setiap seorang hanya mendapat RM2,000 sahaja.

Najib juga berkata, bagi Sukan SEA akan datang, dia akan mencadangkan supaya hadiah SHAKAM bagi setiap pingat emas pertama dinaikkan 100 peratus daripada RM10,000 kepada RM20,000, sementara pingat emas selepas itu dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Pada majlis berkenaan, Najib telah menyampaikan cek bernilai RM629,996 kepada 91 atlet yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Palembang, bulan lalu.

Pemain boling, Adrian Ng yang memenangi empat pingat emas, mendapat jumlah terbanyak, iaitu RM20,333, diikuti pelumba basikal wanita negara, Fatehah Mustapa yang menerima RM20,000.

Pasukan 4x400 meter lelaki yang tidak berpeluang menerima pingat pada Sukan SEA bulan lalu kerana terpaksa pulang lebih awal, mendapat penghormatan pada majlis berkenaan apabila Perdana Menteri sendiri mengalungkan pingat kepada mereka.– 9/12/11.


Monday, 5-Dec-2011 00:06 Email | Share | | Bookmark
Perhimpunan Perdana PEKIDA Malaysia 2011

 
 
 
View all 16 photos...
Perhimpunan Perdana PEKIDA Malaysia 2011

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

5 Disember 2011

4.30 petang

















Saturday, 3-Dec-2011 12:04 Email | Share | | Bookmark
Gambar2 sekitar hari Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2011

 
 
 
View all 39 photos...
Gambar2 sekitar hari Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2011

3 Disember 2011

Putra World Trade Center





































[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net