By: Lukman Abdullah dan Hiekal Rosli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 24-Aug-2011 20:05 Email | Share | | Bookmark
Air Asia berbuka puasa bersama media dan anak-anak yatim

 
 
 
View all 5 photos...


24 Ogos - Sebagai menghargai sumbangan media, syarikat penerbangan Air Asia telah meraikan mereka pada satu majlis berbuka puasa di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Turut diraikan pada majlis itu ialah kanak-kanak dari Rumah RABEKA dari Ampang, Good Samaritan Home dari Klang dan Promise Home dari Shah Alam

Pengerusi Air Asia, Datuk Aziz Bakar dalam ucapannya berkata, beliau bersyukur kerana hanya dalam masa 10 tahun Air Asia telah membuktikan kepada dunia sebagai satu syarikat penerbangan yang bukan hanya mampu berdaya saing, malah gah berdiri di kalangan entitit penerbangan yang lebih lama bertapak dalam sektor berkenaan.



Katanya, dari sebuah syarikat penerbangan yang hanya mempunyai dua buah pesawat 10 tahun lalu, Air Asia kini telah berkembang pesat dan mempunyai hampir 100 buah pesawat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Air Asia X Sdn Bhd, Tan Sri Rafidah Azizi, Ketua Eksekutif Air Asia Bhd, Tan Sri Dr Tony Fernandes dan timbalannya, Dato' kamaruddin Meranun



Thursday, 18-Aug-2011 23:37 Email | Share | | Bookmark
PEMUDA UMNO RAIKAN 780 PENERIMA SUMBANGAN

 
 
 
View all 11 photos...


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meraikan 780 orang anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menyampaikan sumbangan berupa beras dan duit raya sambil mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, petang Khamis.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, sumbangan yang disampaikan adalah derma badan-badan korporat syarikat milik kerajaan, swasta dan agensi kerajaan.



Menurutnya, program memberi sumbangan kepada golongan memerlukan ini telah diadakan setiap tahun oleh pemimpin Pemuda UMNO yang terdahulu lagi dan ianya bukanlah bermotifkan politik.

“Kita tidak memancing undi untuk pilihan raya, kita laksanakan ini untuk memastikan tugas menjaga umat Islam di negara ini dijaga dengan baik agar terus berada dalam keadaan aman sejahtera serta tidak ketinggalan,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.



“Kita mendokong perjuangan agama, bangsa dan negara, kita tidak mahu umat Islam di negara ini ketinggalan tanpa mendapat perhatian dan bimbingan dari parti yang terus perjuangkan Islam iaitu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Sebelum majlis berbuka puasa, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim bersama beberapa orang Exco telah mengunjungi meja penerima sumbangan bagi menyumbangkan derma serta beramah mesra.

Khairy juga menyampai sumbangan kepada anak-anak yatim dan kepada penerima OKU.

Khairy memberitahu program Pemuda UMNO bersama golongan penerima sumbangan bukan sahaja dilakukan di ibu kota sahaja tetapi meliputi negeri-negeri lain.



“Saya bersama Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Razali Ibrahim telah menjelajah ke negeri-negeri untuk menyampaikan sumbangan tersebut dibawah nama 'Jom Ramadhan',” jelas beliau.

Menurut Khairy, melalui program 'Jom' yang dimulakan tahun lepas, Pemuda UMNO Malaysia telah menjelajah ke setiap kawasan Parlimen bagi mengadakan khidmat bakti melakukan kerja-kerja membaiki rumah-rumah orang miskin yang rosak bumbung, lantai, membina tandas, bilik mandi dan membaiki dapur.

Katanya, “kita bekerjasama dengan Giatmara melakukan kerja-kerja baikpulih rumah yang terpilih dengan purata perbelanjaan RM5000. Tahun lepas dibawah Jelajah 1Malaysia Pemuda Barisan Nasional (Jom Pemuda BN) telah berjaya membaikpulih tidak kurang 500 buah rumah seluruh negara.”



Bagaimanapun, di bulan Ramadhan ini, kata Khairy, “Pemuda UMNO mengambil pendekatan membaikpulih sebuah surau untuk satu negeri dan ianya telah berjalan lancar, ianya juga mendapat kerjasama dengan Giatmara. Setakat ini kerja-kerja baikpulih surau itu telah dilakukan di Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Khairy juga menegur pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dalam menyalurkan bantuan kepada umat Islam di negara ini.

“Kita tidak menghalang usaha membantu umat Islam tetapi tidak mahu adanya agenda memesongkan akidah mereka kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Negara ini,” ujarnya.


Thursday, 18-Aug-2011 23:22 Email | Share | | Bookmark
Utamakan produk tempatan untuk hias rumah

 
 
 
View all 9 photos...


Pereka hiasan dalaman di negara ini diminta mengutamakan produk buatan Malaysia dalam rekaan masing-masing kerana ia boleh membantu membangunkan industri sokongan seperti pembuatan perabut, lampu, perhiasan dan sebagainya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan pameran Dekorasi Kediaman & Gaya Hidup Perfect Livin 2011 di Kuala Lumpur, Khamis, berkata, apabila industri sokongan membangun, ia akan merancakkan pertumbuhan perdagangan domestik dan seterusnya meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK).



“Berdasarkan data daripada MIDA, Malayasia adalah negara pengeksport perabut kesembilan terbesar di dunia. Pada tahun lalu, Malaysia mengeksport perabut ke 160 buah negara dengan nilai eksport RM6.5 billion dan terdapat sebanyak 1,900 syarikat pembuatan perabut di negara ini. Oleh itu sokongan terhadap barangan buatan Malaysia akan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Pada sidang media selepas itu Ismail turut mengumumkan kerajaan sedang menimbangkan kemungkinan meminda Akta Timbang dan Sukat 1972 bagi menentu ukur meter air dan elektrik supaya ia tidak membebankan pengguna.



Sehubungan itu katanya, pegawai-pegawai kementeriannya akan diberi kuasa memeriksa meter-meter berkenaan di setiap rumah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas aduan pengguna yang menerima bil elektrik dan air terlalu tinggi selepas mereka menukar meter kepada yang baharu. – 18/8/11.


Wednesday, 17-Aug-2011 06:08 Email | Share | | Bookmark
Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Wilayah Persekutuan

 
 
 
View all 7 photos...
Majlis Nur Ramadhan dan Sumbangan 6 Asnaf MAPEMS Parlimen Setiawangsa

yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin dan anjuran bersama UMNO Wilayah Persekutuan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa dan Yayasan Amal Wangsa.

Masjid Setiawangsa

17 Ogos 2011









Friday, 12-Aug-2011 18:36 Email | Share | | Bookmark
UMNO Cheras dan YPC ringankan beban masyarakat setempat

 
 
 
View all 21 photos...
Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2011
UMNO Bahagian Cheras

*Bantuan diberi kepada golongan ibu-ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan. Bantuan diberi dalam bentuk wang tunai, beras, kain serta voucher tunai.

Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras,
Jalan Peel Kuala Lumpur

11 Ogos 2011

10.30 pagi























Majlis Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2011
Yayasan Pendidikan Cheras

*Bantuan diberi kepada 529 pelajar yang kurang berkemampuan. Bantuan diberi dalam bentuk wang tunai, beras, kain serta voucher tunai.

Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras,
Jalan Peel Kuala Lumpur

12 Ogos 2011

10.00 pagi






















[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net