Want your
own Fotopage?








 


By: Lukman Abdullah dan Hiekal Rosli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 2-Jan-2011 19:11 Email | Share | Bookmark
Kebaikan Kolam air panas Felda Residence Hot Springs.

Kolam air panas Felda Residence Hot Springs boleh ubat macam-macam penyakit



Kolam air panas terbentuk apabila air yang menyerap ke bumi dihangatkan oleh magma, sejenis batu molten yang terletak di bawah permukaan bumi. Tekanan bumi menyebabkan air itu timbul di permukaan, lantas mewujudkan kolam air panas semulajadi.


Air daripada kolam air panas dipercayai boleh mengubati pelbagai jenis penyakit, antaranya lenguh-lenguh badan, sakit sendi, rheumastim, arthritis, sukar tidur, gatal-gatal dan sebagainya. Sementara algae dari air kolam panas ini dipercayai boleh mengubati jerawat dan melicinkan kulit.



Terdapat banyak kolam air panas di Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong dan dalam luar negara, tetapi Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai yang diuruskan oleh Felda Plantation Resorts adalah yang terbaik di segi pengurusan, kebersihan, lanskap dan kemudahan.


“Ada orang yang datang ke sini berkerusi roda tetapi setelah dua atau tiga bulan sudah boleh berjalan,” kata Said bin Saad, 61, pekerja paling lama di sini.


“Saya sudah saksikan sendiri beberapa pengunjung yang menghadapi masalah lumpuh dan penyakit kulit, kembali pulih kerana sering berendam di sini.


“Air di sini juga boleh mencantikkan kulit.Air panas di sini mengandungi 0.01 peratus sulfur. Apabila air mengalir, sulfur itu mendap ke bawah menjadi algae. Ia boleh dijadikan pencuci muka. Kalau awak nak muka cantik dan licin, amalkan cuci muka anda dengan algae di sini,” kata Said.



Menurut Said, pernah berlaku seorang pengunjung dari Kodiang, Kedah yang lumpuh datang ke sini untuk menjalani rawatan dan akhirnya pulih.

"Hari-hari dia datang ke sini untuk berendam beberapa jam. Setelah lebih kurang lima kali rawatan, dia pulih,” cerita Said, ketua bahagian operasi.


Selain bertugas di bahagian operasi, Said juga berperanan seperti “pemandu pelancong” kerana pekerja dan pengunjung sentiasa merujuk kepadanya. Malah tidak keterlaluan jika Said dianggap sebagai kamus bergerak mengenai sejarah dan khasiat kolam air panas di kawasan ini.



“Ramai orang tak tahu bahawa air panas boleh buang toksin dalam badan dan melancarkan darah. Orang Jepun dan Korea tahu mengenai khasiat kolam air panas dan sebab itu mereka suka datang sini. Begitu juga orang Singapura,” katanya.


Said adalah peneroka Felda Sungai Klah yang terletak tidak jauh daripada tempat percutian ini. Dia menyertai Felda Sungai Klah pada 9 September 1979 sebagai peneroka peringkat empat. Said menyertai Felda Residence Hot Springs pada November 2003, iaitu sebulan sebelum ia dibuka kepada orangramai.


“Dari mula kerja di bahagian operasi sampailah jadi ketua di sini, Pakcik sudah jadi macam pemandu pelancong dan pegawai penerangan kepada pengunjung-pengunjung di sini. Maklumlah, pekerja-pekerja lain ramai yang masih muda dan tidak berapa tahu mengenai sejarah tempat ini,” katanya.


Menurut Said air panas memang sudah wujud di tempat berkenaan sejak zaman British. “Sebelum Felda dibuka ia dah ada di dalam hutan. Orang British dah guna. Kolam rebus telur pun memang dah lama ada, cuma terlindung celah belukar,” katanya.


“Saya seronok dan bangga bekerja di sini sebab bersama-sama membangunkan tempat ini. Apalagi apabila pelancong puji tempat ini bersih dan cantik,” katanya.


Sementara itu, rakan sekerja Said, Wan Mohamad Wan Mat Zin, 47, menyokong apa apa yang diceritakan oleh Said. “Pernah seorang bangsa Cina yang lumpuh datang naik kerusi roda. Dia datang tiga kali seminggu dan dua bulan selepas itu sudah sudah boleh berjalan menggunakan tongkat.



“Dia terus amalkan sehinggalah pada satu hari apabila dia datang kami hampir tak kenal dia kerana dia sudah tak pakai tongkat,” kata Wan.

Menurut Wan, satu lagi kes ialah seorang pengusaha balak bangsa Cina yang mempunyai penyakit kulit yang kronik.


“Sebelum dia datang ke tempat kami, dia sudah habis beribu-ribu Ringgit berubat. Satu hari, seorang rakannya mengajaknya ke mari. Pada peringkat awal dia hanya datang pada waktu malam kerana malu dengan keadaan kulitnya. Dia merendamkan badan di kolam yang shunya agak panas dan terletak tidak jauh daripada kawasan merebus telur. Beberapa bulan kemudian penyakitnya sembuh,” cerita Wan lagi.



Menurut Wan, pengunjung tempatan bangsa Cina paling ramai datang ke tempat ini untuk menjalani rawatan sementara pengunjung bangsa lain lebih suka berseronok mandi manda di kolam air panas dan kolam air sejuk utama.


Sementara itu, Penolong Pengurus Felda Residence, K Haridas berkata, sejak memulakan operasi pada 2005, tempat ini telah dikunjungi 1,500,987 pelancong. Daripada jumlah itu, 20,405 adalah dari luar negara.



Haridas, yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perhotelan, berkata, dia sedang menanti pengunjung yang ke dua juta yang dijangka akan dapat diperolehi tahun depan.


“Kami mempunyai hadiah istimewa untuk pengunjung yang ke dua juta. Tetapi buat masa ini tidak boleh mengumumkannya,” katanya.


Haridas berkata, pada ketika ini tempat ini mempunyai 18 unit villa dan 64 bilik standard deluxe. Katanya menjelang 2012 tempat ini akan mempunyai sebuah pusat konvensyen yang dilengkapi gimnasium dan pusat boling.


“Kemudahan pusat konvensyen ini sebagai salah satu langkah tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat sekitar sini supaya mereka boleh melakukan kegiatan yang sihat,” katanya lagi.



“Apa yang Felda dapat, kami beri semula kepada peneroka. Di sini, 95 peratus pekerja adalah generasi peneroka dan anak-anak peneroka Felda

Sungai Klah dan juga orang asli. Lagi lima peratus adalah orang tempatan dari daerah berdekatan. Kami memberikan mereka latihan kemahiran sebelum diambil bekerja,” katanya.- 30/12/10.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net