By: Lukman Abdullah dan Hiekal Rosli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Jan-2011 21:00 Email | Share | Bookmark
PM umum ganjaran untuk skuad Harimau Malaya

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL





Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan ganjaran bernilai RM65 ribu ringgit untuk setiap pemain dan jurulatih skuad Harimau Malaya yang menang Piala Suzuki baru-baru ini.

Perdana Menteri berharap kejayaan Skuad Harimau Malaya memenangi Piala Suzuki dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencapai dua lagi sasaran utama, iaitu menjadi negara terkemuka dalam bolasepak di peringkat Asia dan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London.





Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya memenangi Piala Suzuki AFF di Seri Perdana, Rabu. Turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Haji Musa serta menteri-menteri kabinet.

Ganjaran yang diberikan kepada skuad itu adalah dalam bentuk unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) bernilai RM50 ribu, Insentif Khas Kerajaan sebanyak RM10,000 tunai dan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara (MSN) sebanyak RM5,000 tunai.





Berita lanjut di http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_78df810b-7f000010-2cbbb200-d0ae74e5






















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net