Want your
own Fotopage?






 


By: Lukman Abdullah dan Hiekal Rosli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Dec-2012 01:08 Email | Share | Bookmark
Sekitar perjalanan misi kemanusiaan "Road to Gaza"

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
10 Disember 2012

- Misi "Road to Gaza" pada hari ini melawat tempat membungkus "Family Pack" yang akan diberikan kepada 2000 keluarga Palestine di Gaza pada esok hari.

Rombongan misi juga pergi ke tempat simpanan ubat-ubatan serta berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Dr Mufid Makhalalaty bagi memberi sumbangan serat peralatan perubatan bagi kegunaan penduduk di Gaza











11 Disember 2012

- KP1M telah membahagikan pek makanan kepada 1000 keluarga miskin dan mangsa serangan askar Israel di Bandar Gaza dan baki lagi 1000 insyaallah pada esok hari.

Selepas itu KP1M berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Palestine Dr Ismail Haniyeh di pejabat sementaranya di Bandar Gaza.

KP1M selepas itu melawat sekolah anak-anak yatim Al-Amal Institute for Orphans dan memberikan sumbangan wang tunai dan alatan persekolahan.









12 Disember 2012

- Bertemu dengan para nelayan di Gaza Seaport dan memberikan bantuan.

-Upacara perlantikan Dato Azeez sebagai Duta Kehormat Palestine di Islamic University of Gaza. Perlantikan ini diputuskan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet Palestine pada 11 Disember 2012.
Perlantikan ini membuktikan yang kerajaan Hamas mengiktiraf kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib dan perjuangan Tun Dr. Mahathir yang selama ini sentiasa membela rakyat Palestine.









13 Disember 2012

- Duta Malaysia ke Mesir, Dato' Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti dan isteri menjemput semua peserta "Road to Gaza" untuk bersarapan pagi bersama di kediaman beliau.

- Lawatan ke rumah anak-anak yatim Dar Al-Orman di Giza, Mesir. Dar Al Orman merupakan salah sebuah badan kebajikan yang terbesar di Mesir. Mereka menerima kanak-kanak yang berumur satu hari dan akan menjaga mereka sehingga berumur 21 tahun. — in Cairo, Al Qahirah.

- Sesi bermesra dan soal-jawab bersama pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang di adakan di Dewan Malaysia Abbasiah

- Alhamdulillah ...semua peserta misi bantuan kemanusiaan "Road to Gaza" selamat tiba di KLIA. Terima kasih kepada semua yang sanggup datang menyambut ketibaan kami.















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net